Salah Tegur, Bukan Membawang

Firman Allah SWT:

وَيۡلٌ۬ لِّڪُلِّ هُمَزَةٍ۬ لُّمَزَةٍ

Maksudnya: “Kecelaan besar bagi tiap-tiap pengumpat, pencela.”

Surah al-Humazah (104) : 1.

Menurut Dr. Hamka:

Pengumpat ialah orang yang suka membusuk-busukkan orang lain;  dan merasa bahawa dia saja yang benar.

Kerap kali keburukan orang dibicarakannya di belakang orang itu, padahal kalau berhadapan dia bermulut manis.

Tiap-tiap pekerjaan orang, betapa pun baiknya, namun bagi dia ada saja cacatnya, ada saja celanya.

Dan dia lupa memerhatikan cacat dan cela pada dirinya sendiri.

Yang menyebabkan dia mencela dan menghina orang lain, memburuk-burukkan siapa saja, kerana kerjanya sendiri hanya mengumpulkan harta kekayaan buat diri sendiri.

Berhati-hatilah dengan orang di sekeliling kita.

Kawan sekerja, bos, jiran, geng masjid dan semua orang  yang kita jumpa.

Di hadapan kita dia buat baik, tanya khabar dan senyum.

Rupa-rupanya di belakang kita, dia mengata macam-macam.

Hidup di dalam sebuah masyarakat yang berbeza latar belakang bukanlah satu perkara yang mudah.

Tidak semua orang sependapat dengan kita kerana masing-masing mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang berbeza-beza dalam sesuatu perkara.

Sepanjang pergaulan kita di dalam masyarakat, sudah pasti kita akan bertemu dengan pelbagai perangai dan ragam manusia.

Contohnya ada orang yang boleh menerima nasihat, dan ada juga yang menolaknya.

Di dalam isu ini kita perlu bertegas.

GrabNgaji Malaysia

Apabila seseorang itu ada melakukan kesalahan atau kita rasa pendapat dia tidak betul, kita perlu tegur dia dengan cara yang baik dan bijaksana.

Bukan hanya mendiamkan diri sahaja.

Budaya tidak mahu menegur orang yang salah secara terus terang atas alasan menjaga hati perlu kita pertimbangkan semula.

Sepatutnya jika ada orang buat salah, tegurlah terus supaya dia dapat tahu tentang kesilapan dia.

Yelah maklumlah, kadang-kadang manusia ini tidak sedar.

Jadi, berilah peluang kepada dia untuk memperbaiki diri. Kita tegur supaya dia tahu apa yang dia buat itu adalah salah.

Tujuannya supaya dia dapat muhasabah diri dan seterusnya melakukan penambahbaikan.

Ramai orang  yang mengambil jalan untuk tidak menegurnya kerana bimbang kecil hati.

Satu segi ada baiknya juga untuk menjaga hati, tetapi sampai bila?

Kalau kita hanya mendiamkan diri sahaja oklah juga.

Tetapi tidak, asal jumpa kawan sahaja kita akan menceritakan tentang orang itu sehingga satu kampung tahu.

Kesannya? Orang itu tidak berubah dan kita pula kaya dengan dosa melambak-lambak hasil kita mengumpat tadi.

Orang mula cerita daripada mulut ke mulut sehinggalah satu dunia tahu.

Sudahlah sekarang ini kita hidup di zaman viral. Jika orang mula kongsi di media sosial habislah.

Jadi, apa kata lepas ini kita terus jumpa dan tegur dia baik-baik.

Mungkin dia akan terima dan semua orang tidak tahu pun tentang keaiban dia.

Orang tu dapat berubah jadi baik dan kita pun tidak menanggung dosa mengumpat.

Ingat! Allah panggil kita celaka kalau kita mengumpat.

Malah Allah akan campak kita ke dalam Neraka Hutamah. Nauzubillahi min zalik.

Oleh sebab itu, kita tidak boleh memuaskan hati semua orang dalam satu-satu masa.

Walaupun begitu, itu tidak menjadi alasan untuk kita menyatakan kebenaran.

 

Kelas belajar iqra & al-Quran untuk dewasa di kediaman anda.

Mahu cikgu ngaji datang ke rumah dan belajar secara aman dan selesa?

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s