Manusia Seperti Kelkatu

Firman Allah SWT,

 يَوۡمَ يَكُونُ ٱلنَّاسُ ڪَٱلۡفَرَاشِ ٱلۡمَبۡثُوثِ

(Hari itu  ialah Hari Kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran.

Surah al-Qaari’ah 101: 4.

Pada hari itu, seluruh manusia keluar daripada kubur masing-masing dan berjalan dalam keadaan tidak tentu arah.

Malah, mereka akan berlanggar di antara satu sama lain kerana mahu mencari tempat perlindungan dan menyelamatkan diri masing-masing.

Keadaan mereka ini diumpamakan seperti kelkatu yang berterbangan sebagaimana terbangnya nyamuk dan belalang.

Mereka bertebaran dalam semua arah kerana merasa bingung.

GrabNgaji Malaysia

Kata Imam Zamakhsyari:

Perumpamaan mereka dengan kelkatu adalah kerana jumlahnya yang banyak, bertaburan, lemah, hina dan terbang ke mana arah angin sebagaimana kelkatu berterbangan ke arah cahaya.

Antara sebab mengapa Allah menggunakan kelkatu sebagai perumpamaan adalah kelkatu itu serangga yang lemah.

Maksudnya pada Hari Kiamat nanti manusia berada dalam keadaan yang sangat lemah sehingga tidak mampu untuk menyelamatkan dirinya apatah lagi orang lain.

Allah memberi peringatan ini kepada kita bukan sekadar mahu memberi rasa takut dan gerun semata-mata, tetapi supaya kita sentiasa bersedia.

Seperti isteri kita yang sedang sarat mengandung, emak akan menasihatkan supaya kuatkan semangat dan jangan mudah putus asa, kerana saat melahirkan itu sangat menyakitkan.

Tujuannya bukan untuk menakutkan isteri, tetapi supaya si isteri bersedia dan akan mengerahkan seluruh tenaganya sehingga berjaya melahirkan anak yang dikandungkan.

Selamat bertadabbur.

 

Kelas belajar iqra & al-Quran untuk dewasa di kediaman anda.

Mahu cikgu ngaji datang ke rumah dan belajar secara aman dan selesa?

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s