Manusia Memang Tidak Kenang Jasa!

Firman Allah SWT,

إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لِرَبِّهِۦ لَكَنُودٌ۬

Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.

Surah al-‘Aadiyaat 100: 6.

Panjang Allah cerita tentang kuda perang dalam surah ini sehingga lima ayat.

Pada awal surah ini Allah menggambarkan tentang sifat kuda perang yang berlari dengan pantas sehingga tercungap-cungap nafasnya.

Allah nak tunjuk kepada manusia (kita) bahawa kuda ini bersungguh-sungguh mentaati perintah tuannya.

Dia begitu berani menuju ke medan perang walaupun tahu dia mungkin akan mati. Malah dia tidak akan mendapat apa-apa.

Maksudnya kuda perang tidak dijanjikan syurga seperti manusia.

Allah telah menjanjikan pulangan yang sangat menarik dan berbaloi kepada kita jika mati di medan perang iaitu syurga.

Kita juga akan digelar sebagai orang yang mati syahid.

Namun seribu kali sayang, kita adalah makhluk yang tidak kenang jasa.

Dr. Hamka menyebut:

Manusia ini tidak berterima kasih dan melupakan jasa.

Berapa saja nikmat yang diberikan Allah, dia tidak merasa puas dengan yang telah ada itu, bahkan masih meminta tambah lagi.

Nafsunya tidak pernah merasa cukup dan kenyang; yang ada tidak disyukurinya, bahkan dia mengomel mengapa sedikit; dan yang datang terlebih dahulu dilupakannya.

GrabNgaji Malaysia

Cuba tengok diri kita.

Walaupun Allah dah beri kita macam-macam nikmat, ada sahaja yang kita rungutkan.

Ada sahaja perkara yang tidak kena.

Ada sahaja yang kurang dalam hidup kita.

Ketika bujang, kita merungut bilalah nak kahwin.

Selepas kahwin, kita merungut pula bilalah nak dapat anak.

Bila dah dapat anak, kita merungut lagi, susahnyalah jaga anak.

Malulah sikit dengan kuda perang!

Kuda perang yang tidak mempunyai akal pun boleh taat pada tuannya, apatah lagi kita manusia.

Allah telah kurniakan kepada kita benda yang paling berharga iaitu akal supaya kita berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.

Allah SWT juga telah menawarkan syurga kepada mereka yang berperang di jalan Allah SWT.

Apa lagi yang kita mahu?

Cuba kita tadabbur sekejap. Merenung ke luar jendela sambil berfikir.

Kalaulah kuda perang yang tidak ada akal pun boleh taat, takkanlah kita tak boleh?

 

Kelas belajar iqra & al-Quran untuk dewasa di kediaman anda.

Mahu cikgu ngaji datang ke rumah dan belajar secara aman dan selesa?

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s