Mengapa Allah Mulakan Dengan Maha Pencipta?

Firman Allah SWT,

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ

Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan.

Surah Al-‘Alaq 96: 1.

Ayat ini merupakan ayat yang pertama turun kepada Nabi Muhammad SAW.

Kita sering kali mendengar tentang ibrah ayat ini.

Antaranya berkaitan dengan kepentingan membaca untuk mendapatkan ilmu.

Jadi kali ini saya ingin fokus pada kalimah ‘Khalaq’.

Dalam ayat ini Allah SWT telah memperkenalkan dirinya dengan ‘Khalaq’ yang bermaksud ‘Yang Menciptakan’.

Ini bermaksud bahawa Allah adalah Maha Pencipta.

Dalam banyak-banyak nama Allah, mengapa Allah mulakan dengan Maha Pencipta?

Kenapa bukan Maha Melihat? Maha Mendengar? Maha Besar? Maha Menghidupkan atau Maha Mematikan?

Sebabnya ialah perbezaan ketara antara makhluk dengan tuhan adalah mencipta.

GrabNgaji Malaysia

Mungkin ada manusia yang pernah mengaku tuhan sebab dia mempunyai kerajaan yang besar, ada juga manusia yang mengaku tuhan sebab dia memiliki tubuh badan yang sihat serta tidak pernah sakit dan ada juga manusia yang mengaku tuhan kerana mampu mematikan manusia dengan cara membunuhnya.

Namun jika dia disuruh mencipta, sudah pasti dia tidak mampu hatta seekor lalat pun.

Firman Allah maksudnya:

Wahai umat manusia, diberikan satu perumpamaan (kepada kamu), maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh.

Sesungguhnya mereka yang kamu seru dan sembah selain daripada Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk menjadikannya.

Jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, mereka tidak dapat mengambil balik daripadanya.

Alangkah lemahnya yang menyeru (yang menyembah) dan alangkah lemahnya yang diseru (yang disembah).

Surah Al-Hajj 22: 73.

Jadi, itulah sebab utama mengapa Allah memulakan dengan ‘Khalaq’.

Allah yang telah mencipta segala apa yang terdapat di bumi.

 

Kelas belajar iqra & al-Quran untuk dewasa di kediaman anda.

Mahu cikgu ngaji datang ke rumah dan belajar secara aman dan selesa?

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s