Kerja apa pun tak kisah, yang penting penuhi 3 syarat ini – Dr. Hamka

Firman Allah SWT,

إِنَّ سَعۡيَكُمۡ لَشَتَّىٰ

Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.

Surah al-Lail 92: 4.

Allah telah menjadikan malam dan siang untuk manusia.

Waktu malam adalah untuk manusia mencari bekalan hidup di akhirat.

Manakala waktu siang pula adalah untuk manusia mencari bekalan hidup di dunia.

Maka, berjalanlah manusia di muka bumi ini, berusaha dan terus berusaha demi mencari sesuap nasi.

Allah telah ciptakan apa yang ada di bumi ini, semuanya untuk manusia.

Gunakanlah kelebihan ini dengan sebaik-baiknya.

GrabNgaji Malaysia

Oleh itu kita lihat, bermacam-macam usaha yang dilakukan oleh manusia untuk bekalan hidup di dunia.

Ada yang menjadi perdana menteri, menteri besar, penghulu, cikgu, doktor, budak pejabat, suri rumah, penulis, peguam, usahawan, tukang gaji, pekebun, polis, bomba, pengawal keselamatan, operator kilang, ustaz, pengutip sampah dan bermacam-macam lagi.

Semuanya memerlukan di antara satu sama lain.

Tidak ada pekerjaan yang boleh kita pandang rendah atau hina.

“Hah? Kau kerja kutip sampah? Eii… jijiknya. Kau kerja pengawal keselamatan je? Low class….”

Tidak baik macam itu.

Semua pekerjaan yang ada di dunia ini adalah baik dan bagus asalkan mematuhi syariat Allah SWT.

Cuba kita bayangkan tidak ada orang yang kutip sampah pagi-pagi di rumah kita?

Apa akan jadi?

Lori sampah baru tak datang dua tiga hari pun kita dah bising, bayangkan kalau tak ada orang yang sanggup kerja kutip sampah?

Berlonggok-longgoklah sampah kat depan rumah kita.

Bayangkan pula, kawasan perumahan kita tak ada pengawal keselamatan?

Habis barang-barang di rumah kita kena angkat dengan perompak.

Jadi, nak balik kampung risau, nak pergi melancong pun risau sebab hati rasa tak tenang.

Jadi jangan pandang hina pada pengawal keselamatan, kena hormat dan layan setiap orang dengan baik.

Kata Dr. Hamka, kerja apa pun tak kisah, yang penting kena penuhi tiga syarat ini.

Pertama, suka memberi kepada sesama manusia, suka berderma, menolong orang yang susah. Itulah tanda hati terbuka.

Kedua, hendaklah takwa selalu kepada Allah, pelihara hubungan dengan-Nya pada malam dan pada siang.

Ketiga, mengakui adanya nilai-nilai baik dalam dunia ini, yang terpuji oleh sesama manusia. Kalau ketiganya ini telah dipegang teguh, pemurah, takwa dan menjunjung tinggi kebaikan, diberilah jaminan atau janji oleh Allah.

 

Kelas belajar iqra & al-Quran untuk dewasa di kediaman anda.

Mahu cikgu ngaji datang ke rumah dan belajar secara aman dan selesa?

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s