Siapa Yang Lebih Tua, Tidak Bermakna Dia Yang Paling Benar

Firman Allah SWT,

كَلَّا‌ۖ بَلۡۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِہِم مَّا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ

Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

Surah al-Mutaffifiin 83: 14.

Wahai para pendosa dan juga orang yang menentang Rasulullah SAW.

Berhentilah kamu daripada menyatakan al-Quran itu merupakan kisah-kisah dongeng orang terdahulu.

Sebenarnya al-Quran bukanlah kisah dongeng, tetapi al-Quran merupakan firman dan wahyu daripada Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Namun mereka tidak dapat menerimanya. Kenapa?

Antara sebab utamanya ialah terlalu banyak dosa dan kesalahan yang telah mereka lakukan.

Ini menyebabkan hati mereka tertutup untuk menerima al-Quran.

Hati mereka umpama besi yang berkarat.

Mereka tidak dapat menerima kebenaran, kebaikan dan cahaya sehingga tidak dapat melihat perkara yang sebenarnya.

GrabNgaji Malaysia

Ibnu Jarir, Ahmad, Tirmizi dan Nasa’i meriwayatkan daripada Abu Hurairah, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya,

Sesungguhnya seorang hamba jika melakukan sebuah dosa, maka di hatinya akan tergores satu titik hitam.

Jika dia bertaubat, berhenti dan beristighfar maka hatinya akan putih bersih kembali.

Jika dia kembali berbuat dosa lagi maka titik hitam tersebut akan terus bertambah hingga menutupi hatinya.

Itulah karat yang disebutkan oleh Allah Azza Wa Jalla di dalam al-Quran.

Dalam ayat ini Allah mengajar kita bahawa, sekiranya kita sering melakukan dosa dan maksiat, hati kita akan berkarat.

Bila hati kita berkarat, kita tidak dapat menerima nasihat orang lain.

Cuba kita renung sekejap.

Pernah atau tidak orang menasihati kita dan kita tidak menerimanya?

Pernah atau tidak emak ayah menasihati atau menegur kita?

Pernah atau tidak isteri kita menegur kesilapan kita?

Jika kita guru, adakah kita dapat menerima teguran daripada anak murid kita?

Jika kita tidak dapat menerimanya, mungkin hati kita juga telah berkarat.

Kita merasakan diri kita sahaja yang betul dan orang lain yang salah.

“Engkau siapa nak tegur-tegur aku?”

“Aku lebih makan garam daripada engkau.”

“Kau budak lagi, apa yang kau tahu.”

Kebenaran bukanlah ditentukan mengikut umur, siapa yang lebih tua dialah yang paling benar.

Kebenaran juga bukan ditentukan siapa yang lebih berilmu, siapa yang belajar paling tinggi dialah yang paling benar.

Kebenaran adalah apa yang telah tercatat di dalam al-Quran dan hadis.

Sekiranya perbuatan dan perkataan kita menyalahi daripada kedua-dua sumber tersebut, ketahuilah bahawa kita telah melakukan kesalahan.

Maka bertaubatlah kepada Allah SWT.

 

Kelas belajar iqra & al-Quran untuk dewasa di kediaman anda.

Mahu cikgu ngaji datang ke rumah dan belajar secara aman dan selesa?

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s