Apa Yang Menyebabkan Kamu Derhaka Kepada Allah?

Firman Allah SWT,

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلۡڪَرِيمِ

Wahai Manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?

Surah al-Infitaar 82: 6.

Di akhirat nanti Allah tanya kepada kita.

Wahai sekalian manusia yang yakin dengan penghujung alam ini, apa yang membuatkan kita semua terpedaya dan berani melakukan maksiat kepada Tuhan Yang Maha Pemurah?

Bukankah Allah SWT telah memberikan nikmat kepada kita di dunia.

Allah telah menciptakan kita daripada sperma, menjadikan kita makhluk yang sempurna, seimbang dari segi rupa dan bentuk, anggota tubuh yang sesuai, tidak ada cacat cela, ditambah lagi dengan pancaindera seperti pendengaran, penglihatan dan sebagainya.

GrabNgaji Malaysia

Setelah begitu banyak nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita, mengapa kita masih derhaka lagi kepada Allah?

Saya umpamakan seperti emak ayah yang telah membelikan segala keperluan untuk anak-anaknya.

Mereka telah menunaikan apa sahaja permintaan kita seperti kereta, telefon bimbit, duit, pakaian dan apa sahaja yang kita mahu.

Tiba-tiba kita menconteng arang ke mukanya. Kita melakukan jenayah, kita merempit, kita berzina, kita minum arak, melepak tak tentu arah, kita hisap dadah dan sebagainya.

Setelah begitu banyak emak ayah berjasa kepada kita, mengapa kita masih derhaka lagi kepada mereka?

Adakah kita tidak nampak atau kita buat-buat tak nampak?

Emak ayah telah bertungkus-lumus mencari rezeki yang halal supaya kita membesar dengan baik, tapi ini yang kita balas?

Apakah yang menyebabkan kita sanggup melakukan emak ayah macam ini?

Tidak lain dan tidak bukan kita hanya mementingkan diri.

Kita hanya mengikut hawa nafsu sendiri sahaja.

Kita kufur dengan nikmat yang Allah berikan.

Kita lupa bahawa apa yang kita ada ini merupakan pemberian daripada Allah SWT.

Sebenarnya tidak ada siapa yang memperdayakan kita.

Kita sahaja yang tidak yakin dengan Hari Kiamat. Nauzubillahi min zalik.

 

Kelas belajar iqra & al-Quran untuk dewasa di kediaman anda.

Mahu cikgu ngaji datang ke rumah dan belajar secara aman dan selesa?

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s