Makan Sedap dan Harta Banyak Tapi Sekejap, Nak Buat Apa?

Firman Allah SWT,

.قَلِيلاً إِنَّكُم مُّجۡرِمُونَ.  وَيۡلٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلۡمُكَذِّبِينَ

Makanlah dan bersenang-senanglah kamu sementara waktu hidup, kerana sesungguhnya kamu adalah orang yang berdosa. Kecelakaan besar, pada hari itu bagi orang yang mendustakan (amaran Allah).

Surah al-Mursalaat 77: 46-47.

Seolah-olahnya Allah berkata kepada mereka orang kafir ketika di dunia:

Makanlah dari makanan-makanan di dunia ini dan rasailah kelazatannya.

Nikmatilah kebaikan-kebaikannya sekejap sahaja.

Tempoh yang sekejap ini akan hilang dengan berakhirnya usia.

Kemudian kamu semua akan diiring menuju ke Neraka Jahanam kerana kamu semua menyekutukan Allah.

Jika mereka dipanggil di akhirat (nanti), ini merupakan satu bentuk pencelaan untuk mengingatkan mereka tentang keadaan mereka yang buruk.

Keadaan ini adalah disebabkan oleh kejahatan yang telah mereka lakukan untuk diri mereka sendiri iaitu mementingkan kenikmatan yang sedikit daripada kenikmatan yang kekal abadi.

Tujuan Allah SWT menerangkan tentang keadaan orang-orang yang melakukan dosa adalah sebagai peringatan bagi setiap orang yang mahu melakukan dosa.

GrabNgaji Malaysia

Cuba kita bayangkan, seorang pembunuh yang mahu membunuh mangsanya.

Dia akan kata,

“Makanlah puas-puas, cakap je nak makan apa lagi. Apa lagi yang kau nak sebagai permintaan terakhir? Sebab lepas ini kau akan mati. Haha.”

Pembunuh memberi peluang kepada mangsanya untuk mintak apa sahaja.

Walaupun pada waktu itu, dia akan dapat apa yang dia nak, tapi apa gunanya?

Sebab lepas ini dia akan mati.

Bagilah telefon paling canggih, makanan paling sedap dan duit satu guni, tetapi tak sampai 1 jam dia merasai nikmat tersebut.

Begitulah perumpamaan bagi memahami ayat di atas, sama seperti yang disebut di dalam Surah Luqman 31: 24.

Firman Allah maksudnya:

Kami biarkan mereka bersenang-senang sebentar, kemudian Kami paksa mereka (masuk) ke dalam seksa yang keras.

 

Kelas belajar iqra & al-Quran untuk dewasa di kediaman anda.

Mahu cikgu ngaji datang ke rumah dan belajar secara aman dan selesa?

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s