Penghujung Bagi Orang Yang Berdosa Adalah Sama!

GrabNgaji Malaysia

Firman Allah SWT,

 أَلَمۡ نُہۡلِكِ ٱلۡأَوَّلِينَ (١٦) ثُمَّ نُتۡبِعُهُمُ ٱلۡأَخِرِينَ (١٧) كَذَٲلِكَ نَفۡعَلُ بِٱلۡمُجۡرِمِينَ (١٨

Bukankah Kami telah binasakan orang dahulu (yang ingkar, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)? Kemudian Kami akan iringi mereka dengan kaum-kaum yang datang kemudian. Demikian cara Kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.

Surah al-Mursalat 77: 16-18.

Ayat sebelum ini Allah menakut-nakutkan orang kafir dengan dahsyatnya Hari Kiamat.

Pada kali ini, Allah mengancam mereka pula dengan kesudahan orang yang mempunyai perangai seperti mereka sebelum ini.

Maksudnya semenjak zaman Nabi Adam lagi sudah ada manusia yang kufur kepada Allah SWT seperti kaum Nuh, kaum ‘Ad, kaum Tsamud dan lain-lain sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW.

Allah beritahu kepada mereka bahawa Allah telah membinasakan mereka semuanya akibat kufur kepada Allah SWT.

Allah telah membinasakan orang-orang kafir Mekah yang telah mendustakan Nabi Muhammad SAW ketika dalam Perang Badar dan di tempat-tempat yang lain.

Allah nak beritahu kepada kita bahawa ini merupakan fitrah kejadian Allah kepada makhluk-makhluknya yang ingkar.

Ayat ini bukan ditujukan kepada orang-orang kafir Mekah sahaja, tetapi ayat ini ditujukan kepada kita semua umat Islam yang ada pada hari ini.

Kita jangan main-main dengan dosa, jangan anggap dosa adalah satu perkara yang kecil.

Allah akan menilai kita dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.

Ini merupakan amaran keras daripada Allah SWT.

Jika kita berzina, minum arak, berjudi, rasuah, dan pelbagai lagi dosa, maka Allah juga akan membinasakan kita ketika di dunia lagi.

Malah, lebih teruk lagi ketika di akhirat.

Tujuan Allah menakut-nakutkan ini adalah untuk mengingatkan kepada kita semua bahawa betapa agungnya nikmat Allah kepada kita, serta ancaman mengenai kesan daripada mengkufuri nikmat dan mengingkari kebaikan Allah kepada kita.

 

Kelas belajar iqra & al-Quran untuk dewasa di kediaman anda.

Mahu cikgu ngaji datang ke rumah dan belajar secara aman dan selesa?

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s