Orang Kafir Hanya Utamakan Dunia

Firman Allah SWT:

إِنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ يُحِبُّونَ ٱلۡعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَآءَهُمۡ يَوۡمً۬ا ثَقِيلاً۬

Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).

Surah al-Insaan 76: 27.

Ayat ini menceritakan tentang orang-orang kafir Mekah yang hanya fokus pada urusan dunia sahaja.

Sedangkan kehidupan manusia di dunia ini hanya sementara. Ada kehidupan yang lebih kekal abadi.

Ada kehidupan yang lebih penting mereka perlu fokuskan iaitu Hari Akhirat yang sangat berat, sangat dahsyat dan tak tergambar oleh akal fikiran kita.

Orang kafir hanya memikirkan keseronokan sahaja dengan menjalani kehidupan dengan mengikut hawa nafsu.

Siang malam mereka bekerja hanya menyiapkan bekalan untuk urusan dunia sahaja.

Sedangkan urusan akhirat mereka lalai.

Mereka tidak mahu bersusah payah untuk menyediakan bekalan untuk Hari Akhirat.

Inilah beza orang kafir dan orang yang beriman.

Orang yang beriman akan menyediakan bekalan di dunia dan di akhirat.

Siang hari mereka bekerja untuk mendapatkan bekalan hidup di dunia, malam hari pula mereka bekerja untuk mendapatkan bekalan hidup di akhirat.

GrabNgaji Malaysia

Marilah kita renung bersama.

Cuba kita lihat kembali jadual kehidupan kita.

Setiap hari ada sahaja mesyuarat yang perlu kita hadiri.

Penuh jadual kita mesyuarat dengan manusia.

Bagaimana pula mesyuarat dengan Allah? Bagaimana dengan kelas Tilawah al-Quran? Kelas Tadabbur al-Quran? Kelas Hafaz al-Quran? Kelas Fardu Ain dan sebagainya?

Adakah cukup apabila kita hanya mengharapkan belajar agama ketika di sekolah rendah dahulu?

Sedangkan ilmu dunia kita sentiasa ‘up to date’.

Mari kita muhasabah diri kita.

Jika kita rasa hidup di dunia ini susah menyebabkan kita perlu bersusah payah kerja siang malam, maka begitulah juga dengan hidup di akhirat nanti.

Malah, lebih berbaloi jika kita bertungkus lumus dengan urusan akhirat kerana akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi.

Manakala dunia hanya sementara.

 

Kelas belajar iqra & al-Quran untuk dewasa di kediaman anda.

Mahu cikgu ngaji datang ke rumah dan belajar secara aman dan selesa?

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s