Tujuan Penciptaan Manusia Adalah Untuk Menguji Dengan Perintah & Larangan

Firman Allah SWT:

إِنَّا خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن نُّطۡفَةٍ أَمۡشَاجٍ۬ نَّبۡتَلِيهِ فَجَعَلۡنَـٰهُ سَمِيعَۢا بَصِيرًا

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

Surah al-Insaan 76: 2.

Dalam ayat ini Allah menjelaskan tentang proses kejadian manusia itu bermula daripada percampuran di antara benih lelaki dan benih perempuan.

Antara tujuan penciptaan manusia ini adalah untuk mengujinya dengan perintah dan larangan.

Setelah mencapai umur yang telah ditetapkan (taklif), manusia akan dibebani dengan pelbagai perintah yang perlu dilakukan sepanjang kehidupan mereka.

Contohnya manusia diperintahkan untuk melakukan solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan, membayar zakat, menunaikan haji, membaca al-Quran, mencari nafkah, berbuat baik kepada ibu bapa dan banyak lagi.

Selain itu, manusia juga dilarang daripada melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan mereka sebagai ujian.

Manusia dilarang berzina, berjudi, minum arak, mencuri, melakukan riba, menilik nasib, lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dan banyak lagi.

GrabNgaji Malaysia

Bagi manusia mengetahui, memahami dan mengecam perbezaan di antara kebaikan dan keburukan, Allah telah mengurniakan pancaindera yang utama kepada manusia iaitu mendengar dan melihat.

Allah mengurniakan 2 pancaindera ini kepada manusia supaya dapat melaksanakan perkara-perkara yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka dan seterusnya menyebarkan kepada manusia yang lain.

Maha Bijaksana Allah yang telah menyusun segala perancangan ini.

Cuba kita renung sekejap.

Adakah selama ini kita telah menggunakan mata kita untuk melihat matahari dan bulan, siang dan malam, langit dan bumi sebagai tanda kebesaran Allah?

Ataupun kita hanya melihatnya sebagai proses kejadian alam semata-mata?

Adakah kita telah menggunakan telinga kita untuk mendengar kuliah, alunan zikir dan perkara-perkara yang baik?

Ataupun kita hanya mendengar perkara-perkara yang melalaikan?

Marilah kita muhasabah diri kita.

Allah bukan sahaja memberikan 2 pancaindera ini sahaja kepada kita, pada ayat yang ke-3 Surah Al-Insan, Allah juga akan memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita.

Maka terpulang kepada kita nak pilih yang mana.

Syurga atau neraka? Kebaikan atau keburukan? Dosa atau pahala?

Ambil masa dan renungkanlah.

 

Kelas belajar iqra & al-Quran untuk dewasa di kediaman anda.

Mahu cikgu ngaji datang ke rumah dan belajar secara aman dan selesa?

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s