Tebuslah Dengan Apa Pun, Tidak Akan Diterima

Firman Allah SWT:

يُبَصَّرُونَہُمۡ‌ۚ يَوَدُّ ٱلۡمُجۡرِمُ لَوۡ يَفۡتَدِى مِنۡ عَذَابِ يَوۡمِٮِٕذِۭ بِبَنِيهِ (١١) وَصَـٰحِبَتِهِۦ وَأَخِيهِ (١٢) وَفَصِيلَتِهِ ٱلَّتِى تُـٔۡوِيهِ (١٣) وَمَن فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا ثُمَّ يُنجِيهِ (١٤

Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; orang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri. Dan isteri serta saudaranya. Dan kaum kerabatnya yang melindunginya. Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya.

Surah al-Maarij 70: 11-14.

Ayat sebelum ini ada menyebut tentang keadaan Hari Kiamat yang mana langit akan menjadi seperti kerak minyak atau cairan tembaga, timah atau perak.

Maksudnya langit menjadi lemah, tidak terjalin bahagian-bahagiannya dan tercerai-berai, gunung-gunung seperti bulu yang dihembuskan ketika diterbangkan oleh angin.

Kemudian kaum kerabat tidak akan bertanya di antara satu sama lain.

GrabNgaji Malaysia

Mereka kenal sangat wajah-wajah yang ada di sekeliling mereka, tetapi tidak ada seorang pun yang bercakap-cakap dengan yang lain.

Pada waktu ini orang kafir dan pendosa sangat berharap bahawa mereka boleh menebus seksaan hari Kiamat ini dengan harta mereka yang paling bernilai, orang yang berharga seperti anak-anak, saudara-saudara, isteri dan kaumnya.

Malah mereka bercita-cita dapat menebus seksaan itu dengan segala yang ada di bumi termasuk jin, manusia dan makhluk-makhluk yang lain.

Pada masa itu manusia akan sibuk dengan diri masing-masing. Dia menyangka bahawa dirinya boleh menjadi tebusan dan tebusan itu akan menyelamatkannya.

Tidak sekali-kali. Tebusan itu tidak diterima.

Tebusannya itu tidak akan dapat menyelamatkannya daripada seksa Neraka Jahanam walaupun dia membawa penduduk bumi sekalipun.

 

Kelas belajar iqra & al-Quran untuk dewasa di kediaman anda.

Mahu cikgu ngaji datang ke rumah dan belajar secara aman dan selesa?

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s